Rabu, 30 September 2015

Masalah Remaja Lari dari Rumah

Masalah Remaja Lari dari Rumah



Sejak belakangan ini, masalah remaja lari dari rumah semakin gawat. Setiap hari kita membuka lembaran surat khabar mesti terdapat berita tentang remaja lari dari rumah.

Fenomena ini sangat dirisaukan oleh seluruh masyarakat kerana remaja merupakan tiang dan harapan negara kita. Jikalau negara kita mempunyai remaja begini maka masa depan negara akan terjejas.

Punca utama yang menyebabkan remaja lari dari rumah adalah kurang perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan remaja. Apabila mereka menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi maka mereka akan meluahkan masalah tersebut dengan ibu bapanya untuk mencari jalan penyelesaian. Remaja yang berasa diri mereka tersisih akan mencari hiburan dan ketenangan di luar rumah sehingga mereka enggan balik ke rumah yang tidak mempunyai kasih sayang.





Selain itu, pengaruh rakan. Pemikiran remaja belum matang menyebabkan mereka tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, mereka akan meletakkan kepercayaan yang sepenuhnya kepada rakan. Rakan yang buruk akan mengajar mereka lari dari rumah untuk mencari keseronokan di luar untuk melepaskan ketidak puasan mereka.

Kekurangan pendidikan agama dan moral juga menyebabkan remaja lari dari rumah. Seseorang yang tidak mempunyai pendidikan agama dan moral yang kukuh maka ia tidak akan berfikir rasional semasa membuat sesuatu keputusan. Mereka akan sentiasa menganggap masyarakat ini tidak adil terhadap mereka sehingga mereka tidak dapat membezakan perkara yang baik atau buruk
      
     Selain itu, pengaruh media massa juga perlu bertanggungjawab dalam masalah remaja lari dari rumah. Kini, kebanyakan media massa yang tanpa sempadan telah menyebabkan wayang-wayang dan drama-drama barat memasuki pasaran tempatan kita. Watak dalam drama dan wayang barat selalu memupuk kebebasan diri sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan remaja kita dipengaruhi oleh tindak-tanduk mereka.

Kesimpulannya, masalah remaja lari dari rumah akan membawa kesan sampingan kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, semua pihak yang berkaitan dan berkuasa perlu bekerjasama untuk menangani masalah ini agar masa depan negara kita dapat terjamin dan mempunyai imej yang baik dalam sudut pandangan antarabangsa. Seterusnya, negara kita akan menjadi sebuah negara yang kuat dan maju kerana mempunyai tiang negara yang berbakat.

Renung-renungkan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan